20120331

kekasih bebal.

Aku selalu doa kat tuhan supaya kasi aku kekasih yg bijak pandai.
Bukan bijak pandai kira kira atau berbahasa inggeris. tp nk kekasih yg
Bijak pandai hargai kehadiran aku dlm hidup dia.

Dia ingat senang ke nak dapat kekasih mcm aku.
Yang tahan boleh jumpa sebulan sekali.
Yang tahan dpt dgar suare die yg best tu seminggu sekali.

Kadang tu rasa nya mcm bercinta dgn najib pulak busy tak habis2.
Cuba lah spent sikit masa sementara aku masih hidup ni.
Cuba lah spent sikit masa utk dengar suara aku sementara aku belum bisu ni.
 
Satu hari ade 24 jam tak kan tak ada mase 1 minit utk tanya syg sihat tak?
Mungkin dia fikir dgn berbekalkan beberapa keping gambar dan secebis memori antara dia dgn aku tu cukup kot utk jadi penawar rindu aku.
Tak cukup syg! tak cukup!
Saya rindu nk tgk awk joget2 dlm kereta.
Saya rindu nk dgar awk nyanyi kan sy lagu sedetik lebih.
Saya rindu semua sekali tentang awk dan kita.


P/s : sygg.. sy bukan nak ugut awk.tp sy rasa baik awk berubah
        sebelum saya yg berubah.

20120323

hantu mama

Manusia berubah. ini salah satu benda yang aku tak bole nak sangkal.
Tak payah kasi contoh jauh jauh.
Tengok aku je dah banyak berubah.
Dulu pakai seluar jeans saiz 28 , sekarang 30
Dulu mama tindik telinga 1 pasang, sekarang dah 3
Dulu rambut panjang, sekarang rambut pendek
Yang tak berubah kat aku 1 benda je.
Saiz bra dari form 1 sampai sekarang adalah 32 cup C.
Ini semua baru contoh perubahan fizikal.


Untuk contoh perubahan perasaan contohnye ialah ayh. En.rohaizat bin razman.
Ayah masa ada arwah mama dgn masa dah kahwin lepas mama tak ada nampak sangat perubahan nya.
Lagi lagi sejak ada anak baru. 2 pulak tu.
Yelaaa. mane nak ingat kat arwah mama sebab dah ade pengganti nya.
Mana nk ingt kat anak lama sebab dah anak baru.
Aku benci betul dgn perubahan yg ni.
Kat atas tu mama mesti sedih gila tengok ayah jd mcm ni.
Kalau aku jadi mama, menjelma jadi hantu,then buat muka seram gila pastu datang jumpa ayah tak pun lebih afdal datang jumpe bini baru die yang poyo tu kasi ajar sikit itu orang tue.
Die sepatut nya tahu kalau nk kawen dgn org yg dah ada anak bukan kene jaga ayah nya aje.anak nya kene lah jage jugak. ni kalau boleh kasih sayang ayah dia sorang je yg nak. tamak betul jd orang.
Mungkin die tak sedar, dulu kalau kami adik beradik tak izin kn ayah kawen, smpai sekarang die jadi andartu.. kacang lupa kulit betul.



Aku masih bole terima kalau seseorang itu berubah fizikal nya. dah pesan dah pun kat kekasih yg aku tak kan mintak cerai kalau perut die membuncit lepas kami kahwin nanti. sebab die penah cakap akan tetap jaga aku walau aku cacat sekalipun.
Tp aku mintak sangat2 supaya perasaan dia dekat aku
Tak brubah walaupun sikit.kalau bole biar makin hari makin sayang. selalu aku doa kat tuhan supaya kekasih tak jadi mcm ayah.
Bila nanti aku mati dulu, kalau kekasih nk kahwin lain tak apa, aku izinkan asalkan die tak abai kan ank
Mcm ayah abai kn aku dgn adik2. kalau die jd mcm ayh, memang aku jdi hantu pastu cekik die sampai mati.


P/s : rindu la kat mama. dah lama tak lawat die.

20120321

fade.

jangan salahkan aku.

its getting fade syg.
everything getting fade.


you better do something.

20120312

pasang surut.

Aku panjat syukur pada tuhan sebab masih kasi rasa pada kekasih.

Moga tuhan izin kami sampai mati.

P/s : masih rindu hanya pada figura.suara tidak lagi.

20120310

hmmmmmmmmmmmmmmmmm.....

makin lama makin susah.
makin lama makin jauh.
makin lama makin di abaikan.
makin lama makin di tinggalkan.

20120307

terima kasih

terima kasih kerana biarkan saya terjerat, sekarang sayang kian menjerut, jiwa makin kusut dan fikiran bertambah kalut.




terima kasih sayang.

20120306

kosong

0.

20120301

tak malu.

Dia tuhan yang aku sembah ketika ibadah adalah tuhan yang aku belakangkan ketika melakukan dosa.