semua sedia maklum yang jodoh, ajal dan pertemuan semua di tangan tuhan.
tuhan dah tentukan kita akan kahwin dgn siapa dan juga bila.
tuhan juga dah tentukan bila kita akan mati dan mati disebabkan apa.
cuma aku pelik bila orang yg pandai bercakap tapi tak pandai berfikir.
contohnya:
khalif sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama leena.mereka dah berkahwin hampir dua tahun.leena pernah mengandung tetapi mengalami keguguran dan sampai sekarang mereka masih belum menimang cahaya mata atas sebab yg aku sendiri tidak pasti. mungkin sebab leena tidak boleh hamil lagi disebabkan keguguran sebelum ni.mungkin juga leena takut utk hamil sebab dia takut akan keguguran sekali lagi.pada masa yg sama, khalif telah mendua kan leena atas sebab meniginkan zuriat.
okay sekarang aku bukan nak cakap pasal khalif yg telah mendua kan isteri dia dengan seorang perempuan yg bernama fika.cuma aku nak kongsi pandangan masyarakat mengenai jodoh tuhan.
katakan lah khalif berkawin dengan fika.
ape akan jadi dgn perempuan yg menjadi isteri kedua khalif:
1) di tuduh perempas, perosak rumah tangga, meruntuhkan masjid dan sebagai nya
2) berkemungkinan akan di buang keluarga dan kawan atas sebab menconteng arang
3) berkemungkinan juga akan diserang oleh family dan sahabat leena atau mungkin juga di simbah asid
4) dia juga berisiko menghadapi kemurungan terlampau ,merasa tersisih sehingga bole menyebabkan kematian.
pernah tak korang yg buat mcm2 andaian ni, terfikir yg tuhan dah tentukan jodoh antara fika dgn khalif.
knapa mesti nak hina.kenapa mesti nak salahkan fika semata mata die berkahwin dgn khalif
sedang kan tuhan dah tentukan jodoh dia bersama khalif.
bila seorang lelaki tua yg kaya bertemu jodoh dgn seorang anak dara muda remaja, orang bole cakap
" biarla dah itu jodoh dia . tuhan dah tentukan" tp kenapa tak guna konteks yg sama dlm kes khalif dan fika?
aku ada lagi satu cerita tentang orang yg tak boleh terima jodoh tuhan.
aku ada satu kawan yg dulu nya fanatik gila dgn siti nurhaliza.
dlm bilik dia penuh dgn poster siti.lagu siti semua bole hafal.nyanyi pun pejam mata je bhai.
tapi bila siti kahwin dgn datuk K terus dia bakar poster2 semua.album siti semua di kasi kat jiran dia,
mungkin sebab di sayang nak buang.gila nak buang album original mahal kot.
kalau dlm kereta keluar lagu siti terus tutup radio wa cakap lu
sampai mcm tu sekali dia benci siti lepas kahwin dgn datuk K.aku tak tau lah die tak bole terima tuhan dah tentukan jodoh siti dgn datuk k atau die rasa kecewa sebab siti tak pilih dia.
bila fikirkan balik aku rasa nak gelak pun ada dengan golongan pendek akal macam ni.
tapi aku paham.mesti kita akan rasa simpati dengan nasib leena.as long as khalif berlaku adil terhadap isteri isteri dia aku rasa tak ada masalah buat leena untuk terima kenyataan.cuma kadang2,masyarakt sekeliling yg judge lebih lebih.padahal leena okay je khalif nk kahwin lain asalkan khalif pandai bg masa dan berlaku adil.
mcm yg aku ckp awal td.aku nak ckp mengenai isu penerimaan masyrakat tentang jodoh tuhan yg selama ni diaorg selamba badak je assume fika as a perampas and meruntuh kan masjid tu semua satu tuduhan yg aku rasa agak keterlaluan.
sekarang ni korang tarik nafas dalam dalam. pejam mata kejap. dan fikir sejenak dan cuba letak diri kita
di tempat fika. is it fair to call her perampas? i don't think so.
No comments:
Post a Comment